Sunday, April 8, 2007

JADIKAN ANAK SEBAGAI PEMENANG

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak-anak. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya. Selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu ibu bapa sendri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita memberi nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari
Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari lebih-lebih lagi seorang ibu, anak kita tahu yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. MemanglaH ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dengan kita langsung.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau pun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita menghargai dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
Mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau tiada masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tidak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda
Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan kanak-kanak bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
Ada masa-masanya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin mereka berselisih dengan kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak merasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecil tapi itu mungkin masalah mega bagi mereka.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri
Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan kita tunjuk yang kita gelabah. Bawa bertenang. Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, janganlah gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali
Ada sesetengah budak kena banyak kali ajar, baru dia faham. Jangan tunjukkan sikap marah sebab kalau marah nanti akan membantutkan proses pembelajaran kanak-kanak tersebut.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak-anak walau pun dalam rumah. Bila nak ajak dia bangun sahaja, saya hulur tangan. Mahu pun nak kedapur untuk bancuh susu mereka.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka
Jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi mereka lebih-lebih lagi si ibu.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garanglah.. itu sebenarnya dia menegur, jadi ubahlah. Janganlah jadi too perfectionist pada anak-anak. nanti mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak-anak sudah bersekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri beri latihan dan perhati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yang guru dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
Tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada benarnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauhkan diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi di hari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita